JomsyarikatArtikel
Panduan penuh
Semua artikel
1 Ogs 2026 ยท 55 bacaan

Upgrade ke Sdn Bhd adalah pembohongan terbesar dalam dunia bisnes Malaysia.

Upgrade ke Sdn Bhd adalah pembohongan terbesar dalam dunia bisnes Malaysia.

Bukan upgrade. Bukan naik level.

Tuan puan bukan main game yang sama pada tahap lebih tinggi tapi tuan puan masuk padang yang lain terus, dengan peraturan lain, pengadil lain, dan hukuman yang lain.

Ramai orang kena 'hasut' guna ayat macam ni:

"eh bila nak upgrade Sdn Bhd?" "Enterprise ni kecil lagi la" "Sdn Bhd baru nampak power."

Macam tukar handphone lama ke model baru. Padahal realitinya langsung tak sama.

Ada orang tukar Sdn Bhd sebab ego dan tekanan orang sekeliling, lepas tu tercekik dengan kos dan tanggungjawab yang dia tak faham.

Baca sampai habis dulu sebab benda ni boleh selamatkan kau daripada silap besar.

๐Ÿ“Œ Save dulu posting ni. Takut tak sempat habis, nanti hilang pula.

  1. Enterprise dengan Sdn Bhd bukan tentang besar dan kecil, kedua-dua ini adalah entiti yang berlainan terus.

Kalau Enterprise, kau dengan bisnes tu adalah satu benda yang sama.

Untung bisnes = untung sendiri. Hutang bisnes = hutang sendiri. Bisnes kena saman = sendiri kena saman.

Tapi Sdn Bhd?

Saat daftar sahaja, ibarat melahirkan seorang 'manusia' baru di mata undang-undang. Syarikat tu satu entiti, individu satu entiti. Dua orang berasingan.

Hakikatnya Ini bukan versi Enterprise yang lebih besar tetapi ini makhluk yang lain terus. Padang sudah bertukar dari saat ini.

  1. Sebab padang dah lain jadi peraturan juga jadi lain malah lebih berat.

Dalam Enterprise, pemilik agak bebas. Buat bisnes, bayar cukai peribadi, sudah selesai. Tapi masuk padang Sdn Bhd, kau kena main ikut Companies Act 2016:

Kena ada setiausaha syarikat. Kena failkan Annual Return setiap tahun. Kena sediakan akaun teratur.

Paling penting sebagai pengarah pula ada tanggungjawab undang-undang dan apabila silap urus, boleh dipertanggungjawab secara peribadi.

Ini semua kos dan komitmen yang tak wujud masa kau Enterprise dulu. Bukan 'bonus feature' tetapi ini syarat wajib untuk kekal dalam padang tu.

Sampai sini, apa perasaan tuan puan?

Kalau tuan puan mula rasa "alaa, aku ingat Sdn Bhd ni senang je naik taraf" bagus, itu tandanya kau mula nampak realiti sebenar. Sabar, sebab point ketiga ni yang paling ramai orang tak fikir sebelum tukar, dan ini yang selalu buat orang menyesal.

Teruskan baca.

  1. Sdn Bhd bukan "lebih baik" sebaliknya "lebih sesuai" untuk situasi tertentu sahaja.

Ini yang orang marketing firma setiausaha syarikat tak beritahu tuan puan. Sdn Bhd memang ada kelebihan sebenar iaitu liabiliti terhad (harta peribadi lebih terlindung), lebih dipercayai bila nak dapat projek besar atau pinjaman, dan ada ruang perancangan cukai bila untung dah besar.

Tapi semua ini cuma berbaloi bila bisnes sudah sampai tahap tertentu. Kalau untung masih kecil, mungkin bayar lebih untuk pematuhan berbanding faedah yang diperoleh. Ramai orang tukar terlalu awal, sebab menyangka bahawa:

Sdn Bhd = naik taraf automatik.

Padahal Enterprise itu sebenarnya masih padang yang betul untuk tahap bisnes mereka.

Jadi berhenti fikir "bila nak upgrade Sdn Bhd." Soalan yang betul ialah: "Adakah bisnes aku dah sampai tahap yang sesuai untuk masuk padang Sdn Bhd?"

Sebab ini bukan naik level game yang sama. Ini tukar padang. Apabila masuk padang baru sebelum bersedia tambahan pula dengan peraturan yang tidak difahami, itu bukan kemajuan.

Itu jemputan untuk melingkup.

Tukar apabila sudah bersedia dan rasa berbaloi, bukan bila orang kata kau patut malu dengan Enterprise kau.

Kongsi artikel:
Nak panduan lengkap transisi Enterprise ke Sdn Bhd? Dapatkan akses hari ini.
Dapatkan panduan โ€” RM87
Jomsyarikat.com
Dimiliki oleh: URUS BUSINESS MANAGEMENT AND SERVICES SDN. BHD. (16032159-U)